Sunday, 21 April 2013

SHAHRUM BIN DATO' HJ MOHD SHARIF SAH SEBAGAI CALON DUN N 55 DENGKIL

Syukur keatas Allah s.w.t.
Secara rasmi encik Shahrum bin Dato Hj Mohd Sharif telah dicalonkan untuk bertanding di DUN N55 DENGKIL atas tiket BARISAN NASIONAL,dengan rasa rendah diri dan tawaduk beliau berterima kasih kepada pucuk kepimpinan barisan nasional kerana memberi mandat dan amanah kepada beliau.Bagi encik Shahrum ianya merupakan satu amanah yang berat mesti dipikul oleh beliau.

selesai penamaan calon encik Shahrum bin  Dato Hj Mohd Sharif,beliau terus mencari tempat pertama yang ditujui iaitu kampung Sungai Merab Luar.Satu penghormatan bagi encik Shahrum kerana beliau adalah anak jati sungai merab luar yang dilantik menjadi calon wakil dun DENGKIL.Sebagai anak jati kampung yang dilantik,beliau berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kampung dan kawasan dengkil.Justeru encik Shahrum bin Dato Hj  Mohd Sharif mengisytiharkan'PERANG'pilihanraya bagi memastikan BARISAN NASIONAL masih relevan dan masih kubu kuat dalam kawasan Sepang.

HORMAT DAN SETIA KEPADA PARTI BARISAN NASIONAL

Ucapan yang diberikan oleh encik Shahrum bin  Dato Hj Mohd Sharif pada petang tadi amat jelas apabila beliau meminta semua penyokong kuat parti BARISAN NASIONAL mestilah menyokong pucuk pimpinan yang telah dicalonkan tidak kira sama ada diperingkat DUN mahupun PARLIMEN.Beliau meminta kesemua penyokong BARISAN NASIONAL TABAH dan KUATKAN SEMANGAT untuk menyokong BARISAN NASIONAL.Bagi encik Shahrum bin  Dato Hj Mohd Sharif,didalam ucapannya beliau menanggap pilihanraya ini sebagai satu bidang profesional.apabila disebut profesional,maka beliau menyatakan bahawa beliau menolak pendirian orang yang tidak menyokong ketua yang telah dilantik oleh pucuk pimpinan.Beliau mahu kesemua penyokong BARISAN NASIONAL menolak segala unsur kepentingan peribadi sebaliknya encik Shahrum mahu penyokong-penyokong kuat BARISAN NASIONAL perjuangkan,pendirian dan kemenangan BARISAN NASIONAL dikawasan PARLIMEN SEPANG dan DUN DENGKIL,didalam ucapannya petang tadi beliau amat menegaskan bahawa beliau tidak mahu penyokong-penyokong kuat BARISAN NASIONAL dilabelkan sebagai PENGKHIANAT PARTI

KHABAR ANGIN DARI PIHAK TERTENTU

Didalam ucapan beliau petang tadi.ada khabar angin mengatakan apabila encik Shahrum bin Dato Hj  Mohd Sharif dilantik menjadi calon untuk DUN DENGKIL,kononnya berkemungkinan majoriti undi akan menjadi bertambah lebih teruk,tetapi didalam ucapan tersebut beliau menegaskan bahawa beliau menganggap ianya merupakan satu cabaran dari segi positif,encik Shahrum bin  Dato Hj Mohd Sharif akan memastikan PDM SUNGAI MERAB akan MENANG besar serta MENANG bergaya.Kerja keras mestilah dipertingkatkan bagi memastikan kejayaan itu dapat dicapai dengan jayanya.Disini beliau memberitahu bahawa semua pihak iaitu PEMUDA,PEMUDI,WANITA,BADAN NGO dan semua orang MENCARI,MERAIH,SERTA MERAYU sokongan kepada semua calon,ini kerana ada 3059 pengundi di PDM SUNGAI MERAB.Beliau juga menegaskan bahawa beliau dapat bertemu dengan semua orang.

Encik Shahrum menegaskan hanya dengan keizinan Allah s.w.t,BARISAN NASIONAL dapat menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.Agenda TRANSFORMASI yang dilakukan DATO SERI NAJIB TUN RAZAK sejak 4 tahun lalu telah dengan jayanya dari segi pelbagai sudut,contohnya BRIM,BANTUAN SEKOLAH,REBAT TELEFON,KEDAI RAKYAT SATU MALAYSIA,BLIM,BAUCER BUKU dan lain-lain,ditambah lagi dengan manifesto terbaru iaitu AKU JANJI,dimana AKU JANJI bukan setakat hanya manifesto,malah ianya adalah satu janji yang akan ditepati,menepati dengan cogan kata,RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

BARISAN NASIONAL tidak akan jadi seperti PAKATAN RAKYAT,dimana seperti yang dikatakan TAN SRI KHALID GAGAP bahawa manifesto bukan janji kerana hampir 70 hingga 80 peratus janji tidak ditunaikan.



sebuah harapan yang bakal memberikan sinar kepada masyarakat

AKHIR KATA

Beliau menegaskan sekali lagi,semua pihak mestilah mendekati pengundi-pengundi,baik dari segi pengundi putih,kelabu atau hitam.Beliau menegaskan lagi sekali bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting.Diakhir kata TEGURLAH,BANTULAH dan AJARLAH BELIAU agar beliau dapat melakukan tugas,amanah serta tanggungjawab dengan baik,beliau akan menerima segala teguran.






tanggungjawab serta amanah yang dipikul dengan baik,dan janji akan dikotakan


No comments:

Post a Comment